Saturday, May 15, 2021

MERAIH KASIH MU PART 8

Hari-hari ku berlalu dengan misi pencarian kerja yang sepertinya menemukan jalan buntu. Aku yang keletihan selepas berjalan-jalan di NU Sentral membuat keputusan untuk singgah ke FamilyMart sebelum pulang ke rumah.

Selesai membuat pembayaran aku mengambil tempat duduk di kerusi berdekatan dengan kaunter ambil makanan. Sambil makan, aku membuat pengiraan bajet untuk bertahan hidup di Kuala Lumpur. Patutkah untuk aku balik ke kampung? Tapi kalau balik kampung pun apa yang boleh aku buat? Tapi? Kalau stay disini… aku rasa aku menyusahkan Sofea. Pening.. pening.

Tiba-tiba belakang ku terasa sangat sejuk, aku tersentak dan pantas aku berdiri.

“cik.. sorry.. sorry air saya tumpah..” Seorang Lelaki yang sedang tertunduk mengambil cawan minuman yang jatuh, aku cuba untuk bertenang, terkejut! Nasib baik air sejuk, kalau air panas? Tiba-tiba aku seram memikirkan hal itu.

“Cik, saya minta maaf banyak-banyak..” ucapnya sebaik sahaja mengambil cawan yang jatuh. Memandang wajahnya yang sedang risau membuatkan aku mengerutkan dahi, macam kenal.

“Haydar?” tanya ku dalam yakin tak yakin. Lelaki yang ada dihadapan ku mengerutkan dahinya seolah-olah cuba untuk berfikir.

“erm.. Jasmine?” Wajahnya yang berkerut tadi berubah ceria. Aku pula yang sekarang ni agak terkejut sebab dia masih mengingati ku dan nama yang diucapkan adalah nama yang sangat jarang digunakan oleh orang lain.

“Saya minta maaf banyak-banyak.. macam mana baju awak, basah teruk?” Suaranya kedengaran sangat bimbang.

“Basah jugak, tapi its okay.. nasib baik bukan air panas.. kalau air panas.. melecur la belakang saya.” Jawab ku dengan ketawa kecil. Malas hendak memperbesarkan perkara ini.

“takkan nak biarkan baju awak basah ni.. bau coffee pulak tu.” Haydar mengaru-garu tengkuknya.

“Nanti saya ke tandas bersihkan.. tak apa..”

“Jasmine, saya sebenarnya ada urgent meeting.. saya bagi duit untuk beli baju baru boleh?” agak tersentak dengan kata-kata Haydar, aku laju menggeleng kepala. Apa yang hendak digantikan oleh baju buruk ni..

“tak apa..saya okay. Baik awak cepat-cepat gerak, nanti lambat.” aku cepat-cepat menyakinkannya, tetapi tetap sahaja dia masih gelisah.

“ermm… awak ambil blazer ni untuk cover baju awak. Nanti lepas meeting saya call awak.” tanpa mendengar jawapan ku, Haydar meletakkan blazer warna biru tua ke tangan ku. Kemudian, cepat-cepat dia berlalu sebelum hilang dari pandangan, sempat dia menoleh kebelakang dan melambai ke arah ku dengan senyuman yang sangat memikat hati.

Cisss!! hati aku diserang..

Aku cepat-cepat ke tandas berdekatan, aku membersihkan baju yang terkena minuman tadi, sebenarnya Haydar tidak perlu berikan aku blazernya. Baju aku boleh sahaja kering, tapi mungkin dia cuba untuk mengurangkan rasa bersalahnya. Blazer itu aku genggam erat.

Sedang menunggu tren untuk pulang ke rumah, telefon ku berbunyi. ‘Private Number’

“Hello? Jasmine?” mendengar nama ‘Jasmine’ hati ku tiba-tiba rasa hangat yang mendamaikan.

“ya..” Jawab ku gugup. Alahai mamat ni..

“Jasmine, where are you right now?” tanpa si pemanggil memperkenalkan diri, aku tahu gerangan si pemanggil. Aku tersenyum sendiri.

“Saya tengah tunggu MRT”

“Which station?”

“Station dekat NU sentral..”

“Okay, tunggu disitu.. sekejap saya datang.” talian dimatikan. Aku terkedu. Eh dia nak datang? Kemudian aku terpandang blazer yang diberikan tadi.. ohh dia mesti datang untuk ambil balik blazernya. 

Dalam 10 minit aku menunggu, aku terpandang kelibatnya yang tersenyum sambil melambai kearah ku. Aku dapat mendengar gadis-gadis disebelah ku sedang berbisik-bisik sesama mereka. Sudah tentu mereka akan membahaskan bertapa kacaknya Hydar dan kalau itu yang mereka katakan aku sangat bersetuju.

“Hey, mengelamun jauh.” Aku tersentak, entah bila pula lelaki ni duduk disebelah ku.

“sorry.. sorry, tengah terfikir pasal interview tadi.” aku cuba berdalih dan mengalihkan fikirkan ku dari terus membuat hati sendiri.

“Interview?” tanyanya seakan tidak faham.

“Yup, interview. I am jobless, remember?” aku cuba mengingatkan dia, Hydar seakan makin bingung.

“My sister tak ada call ke?” Aku menggeleng, wajahnya di angguk-angguk.

“kenapa?” giliran aku bertanya, seakan-akan dia tahu sesuatu berkaitan kerja yang aku mohon.

“tak adalah, hari tu Lonea ada cakap yang awak dah shortlisted. Tapi pelik dia tak hubungi Jasmine untuk second interview.” Aku menjungkit bahu mendengar apa yang dikatakan oleh Hydar. Malas untuk meletakkan harapan tinggi, aku sudah pasrah.

“No call from her means no job, so I have to hunt for another job. Nah, your Blazer. Thank you.” aku menghulurkan Blazer biru itu kepada tuanya.

“apa pula Thank you. Saya yang patut minta maaf.” Dia tersenyum lesung pipitnya terserlah lagi. Hadehh, aku melarikan pandangan. Istigfar Hana.. istigfar..

“Train dah sampai, saya gerak dulu. Bye-bye” Aku senyum sambil meletakkan tangan di dada meminta izin untuk berdiri. Dia hanya diam, seakan berfikir tentang sesuatu, melihat dia tidak memberi respon, aku pun terus berlalu dan berbaris untuk menaiki train.

Pertemuan singkat kami hanya habis disitu, aku agak sedikit kecewa kerana tiada kata akhir dari Hydar. Sekali lagi, aku mengingatkan hati ini untuk behave.

 ***

“Assalamualaikum Hanaaaaa” aku yang sedang sibuk di dapur mendengar suara Sofea.

“Waalaikumsalam, aku ada di dapur ni…” balas ku.

“Masak apa tu?” Sofea sudah berdiri disebelah ku sambil tangannya mencapai seketul ayam goreng lantas dimasukan ke dalam mulut.

“aku masak ayam goreng, sambal belacan dan ulam.”

“Rajinnya…untung siapa kawin dengan kau.” pujinya sambil mengambil lagi seketul ayam goreng.

“oit, kalau kau asyik makan ayam tu, nanti kita makan ulam dengan nasi je.” aku menggeleng-geleng kepala. Dari dulu perangai tidak berubah.

“oh ya, teka hari ni aku jumpa siapa?” aku sengaja ingin bermain teka teki dengan Sofea. Dia mula excited, matanya bersinar-sinar.

“jumpa jodoh?” Allahu, dia ni…

“Salah!”

“erm.. Hydar?” kali ini, mendengar jawapan Sofea membuatkan aku tergelak.

“kenapa kau fikir aku jumpa Hydar?”

“Sebab aku dah boleh agak dari cara kau tanya tadi. Kalau kau jumpa si tak guna tu mesti mood kau dah rosak.”

“Betul la, pandai Cik Sofea kita ni… haah kau jumpa dia dekat NU Sentral, lepas tu kopi ais dia tumpah kat belakang aku..”

“Lepas tu dia pinjamkan Blazer dia???!!” belum sempat aku habiskan ayat, Sofea mencela membuatkan aku terkejut.

“Eh macam mana kau tau?” Serta merta gelak Sofea pecah.

“I knew it! Hahah scene macam dalam drama weh.. hahahah lepas tu.. lepas tu?”

“Lepas tu aku pulangkan blazer, lepas tu balik la.” Wajahnya yang teruja tiba-tiba muram.

“Eh?? tu je?” tanyanya.

“haah.” Jawab ku acuh tak acuh. Dia menepuk-nepuk dahinya.

“tak ada scene seterusnya?” dia benar-benar kecewa dengan penjelasan ku.

“Ya Allah, Sofey kau nak ada scene apa pulak?” tanya ku sambil mengangkat lauk pauk ke ruang makan.

“takkan dia tak ada cakap apa-apa, set tarikh bila nak jumpa, nak bawa kau makan malam ke.. Apologetic action. Takkan tak de.”

“banyak betul kan kau tengok drama tulah otak kau ni fikir yang bukan-bukan. Sofea, look at me and look at him?” Aku cuba membawa Sofea ke dunia nyata. Dia dah jauh berkhayal.

“apa masalahnya? I think you would be a good wife.” ujarnya perlahan.

“kalau aku ni bagus, tak delah aku kena tinggal.” tiba-tiba terguris rasa hati, bukan dengan Sofea, tetapi maruah ku yang sudah tercalar membuatkan hati ini terguris. Malam itu kami makan dengan senyap, tiada sepatah kata dari Sofea, dan aku pula masih melayan perasaan.

...

No comments:

Post a Comment

MERAIH KASIH MU PART 8

Hari-hari ku berlalu dengan misi pencarian kerja yang sepertinya menemukan jalan buntu. Aku yang keletihan selepas berjalan-jalan di NU Sent...