Wednesday, November 25, 2020

MERAIH KASIH MU PART 7

 “O.. Sabah dimana?” Hydar menukar slang percakapannya ala-ala Sabahan.

“Area-area KK.” jawab ku ringkas. Aku berharap Hydar berhenti untuk bertanya lagi namun aku silap.

“kecilnya dunia kan.. di sini baru kita berjumpa” ujarnya sambil tersenyum menampakkan dimples nya. Aku membalas dengan anggukan, ah kelu lidah ku untuk berkata-kata.

 

***

“Hydar tu handsome kan!” Puji Sofea. Aku mengangguk setuju.

“Kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok lain macam..” Sofea mencuit ku.

“Fokus la drive tu.. nanti tak pasal-pasal arwah kita ni..” Usik ku cuba untuk menceriakan suasana.

“kau ni.. mulut..” marahnya dan kembali fokus dengan pemanduannya. Hanya lagu di radio yang menjadi penghibur.. Penyanyi dari Indonesia Tulus, lagu Pamit, bait kata-katanya mengusik hati ku.

 

Izinkan aku pergi dulu

Yang berubah hanya

Tak lagi ku milik mu

 

Ada rindu yang menebal untuk dia yang bukan milik ku lagi. Lepaskan Hanna.. lepaskan genggamanmu.

 

***

5 hari sudah berlalu, tiada panggilan daripada syarikat Puan Maklonea. Aku mula bersedia untuk job hunting syarikat lain. Asyik aku melayari portal myjob, tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi, tertera nama Sofea.

“Ya Makcik, kenapa?” Sempat harapan ku berbunga, ingatkan panggilan kerja rupanya Sofea.

“Puan Maklonea tu tak ada call kau lagi?” ehh tahu-tahu sahaja Sofea apa yang ada dalam hati aku.

“Haah, aku rasa aku tak terpilih la.. dah 5 hari, krik-krik je.”

“Kau kecewa tak dapat kerja ke kau kecewa tak dapat jumpa Hydar?” Aku yang sedang menghirup kopi panas tersedak.

“ehh apa pulak Hydar, kecewa tak dapat kerja la.. takkan kau nak bela biawak hidup selamanya.” kedengaran gelak ketawa Sofea dihujung talian.

 

Sudah hampir 2 bulan aku menumpang rumah Sofea, asalkan aku hulur duit sewa mesti ditolak, alasannya untuk kegunaan job hunting. Jauh di dasar hati ku, aku bersyukur kerana dapat bersahabat dengan Sofea. Dia memahami aku tapi aku tetap tidak mahu hanya menumpang dan seolah-olah aku mengambil kesempatan atas kebaikannya.

 

“Malam nanti, mama ajak pergi birthday party cucu kawan dia. Nak?” Mama merujuk kepada emak Sofea, Aunty Sara. Terbayang-bayang wajah lembut aunty Sara, sejak aku datang semula ke Semenanjung belum pernah lagi aku bertemunya.

“tak pelik ke aku join?” Aku teragak-agak untuk ikut.

“apa pulak pelik, kau bukan alien pun nak pelik-pelik.. ehh dah-dah aku tahu kau ni banyak alasan. Nanti bersiap tau, aku balik je kita terus gerak.” eee Sofea ni memang jenis ikut kepala dia je..

“yala.. yala.. aku cakap tidak pun kau tetap heret aku ikut juga kan.” Sofea tergelak-gelak di hujung talian mendengar aku meluahkan rasa tidak puas hati.

 

***

“Dah lama aunty tak nampak Hanna, makin cantik la..” Pujian Aunty Sara membuatkan aku terawang-awang, jarang pujian yang diberikan kalau lama tidak bertemu.. selalu dengar, ehh gemuknya, ehh kurusnya, ehh ehh buat hati rasa panas, tapi tidak aunty Sara.

“terima kasih aunty..” ujar ku yang tersipu-sipu malu.

“ma, jangan puji sangat Hanna tu nanti dia makin besar kepala.” aku memuncungkan mulut mendengar kata-kata Sofea.

“kawan mama yang mana satu kita nak pergi nie?” Tanya Sofea.

“Mama pun baru je kenal-kenal dengan Aunty Jan. Nie dia dah jemput, mama ajak la korang berdua ikut sekali, takut dia busy layan tetamu, ada juga peneman mama kat sana.”

 

***

Kami sampai di destinasi, melihat rumah yang tersergam indah, Sofea sempat berbisik pada ku.

“bukan orang biasa-biasa Aunty Jan ni..” aku mengangguk setuju.

“Macam tak kena je baju aku..” Aku memandang pakaian Sofea, dia berpakaian smart casual. Aku mengetap bibir, silap aku.. aku mengenakan t-shirt hitam bersama seluar jeans dan tudung selendang berwarna hitam berbunga putih.

“tak pe, kau yakin je..” Sofea cuba untuk menyedapkan hati aku, tapi aku tetap rasa tak sedap hati.

Sebaik sahaja Aunty Sara dan Aunty Jan bersua muka, Aunty Jan dengan ramahnya bersalaman dan berlaga-laga pipi dengan kami. Aku memerhati keadaan sekeliling.. sebelum tiba-tiba tangan ku disentap! Dan ditarik jauh ke kawasan yang tiada orang.

 

“hey!! lepas la..” lelaki yang menarik tangan ku berhenti dan melepaskan genggamannya. Alangkah terkejutnya aku apabila dia berpaling…Uzair!!

“Buat apa kau datang kat sini?!” tinggi suaranya, ada berbaur marah. Aku masih bingung cuba untuk menghadam situasi.

“Aku datang dengan Sofea..” Aku masih tidak faham, mengapa lelaki yang ada dihadapan ku kelihatan sangat marah.

“kamu datang untuk buat kacau majlis aku ke?” tuduhannya sangat tidak masuk akal. Hati ku mula rasa membuak-buak.

“apa kau merepek ni? Kami datang sebab mama Sofea di jemput oleh Aunty Jan!” Suara ku tegang!

“what?! kau kenal mak mertua aku?” mak mertua? Birthday cucu? Aunty Jan? Satu persatu kepingan puzzle mula bercantum.

“owhhh ini birthday party anak kau?” tanya ku sinis, wajah Uzair berubah. Seolah-oleh kemarahannya tiba-tiba padam, entah mengapa ekspresi wajah Uzair saat ini membuatkan aku rasa yang dia bersimpati pada ku.

“maaf Hanna, saya tak sengaja..” suaranya bertukar nada, belum sempat dia ingin memegang tangan ku, cepat-cepat aku berlalu meninggalkan Uzair dan mendapatkan Sofea.

 

“hey, kau dari mana tiba-tiba hilang..” Sofea memandang ku cemas.

“Aunty Jan ni mak mertua Uzair.”

“What!!” aku mencuit Sofea agar suaranya diperlahankan. Rasa marah ku masih ada. Terasa macam dalam scene cerita korea World of The Married pula sekarang ni.

“jadi tadi kau jumpa Uzair? Lepas tu apa jadi? Kau cakap apa dengan dia?” bertalu-talu soalan Sofea.

“dia fikir aku datang sini nak kacau majlis dia.. lepas tu siap marah-marah lagi.”

“Kurang ajar juga dia tu eh, geram pulak aku.. meh sini aku tampar-tampar muka dia.. jantan tak guna!” wajah Sofea yang putih merona merah menahan marah.

“Eh, sabar-sabar.. takkan kita nak buat hal pulak. Aku pun sakit hati, tapi biarlah dia tu..” Aku mengajak Sofea duduk, aku mencari-cari kelibat Aunty Sara, tetapi dia sudah bergelak sakan bersama dengan Aunty Jan dan tetamu lain.

 

***

“Tengok tu…” Aku memandang ke arah yang ditunjuk oleh Sofea. Dari kejauhan, aku melihat Uzair bersama keluarga kecilnya. Isterinya cantik bergaun warna royal blue, potongan badan yang seksi dengan rambut yang panjang hingga ke pinggang. Anak kecil yang di dukung oleh Uzair comel di dalam pelukannya. Aku menarik nafas panjang, Allahu.. aku merindui orang yang salah, dia sudah bahagia.. tanpa aku sedar, ada airmata yang menitis. Mungkin 2 tahun lalu hanyalah alasannya untuk berpisah, tetapi alasannya disebabkan oleh wang membuatkan maruah ku rasa tercalar. Terasa seperti cinta ku tiada erti untuk diperjuangkan, kalah dengan tingginya nilai wang. Paling memalukan, aku rela untuk menanggung majlis kawin, sedangkan dia tidak pernah menghargai aku yang bersungguh ingin bersama dia. Malu.. kecewa..

Monday, November 23, 2020

MERAIH KASIH MU PART 6

Segera aku berpaling. 

"Hanna Jasmine kan.." aku cepat-cepat mengangguk bila disapa oleh penemu duga ku tadi. Puan Maklonea, wanita cantik yang paling banyak bertanya dalam sesi temu duga tadi. Hampir membuatkan aku tersungkur sebab tidak dapat menjawab persoalannya.

"Betul, Puan.. Seorang saja?" Tanya ku berbasah basi, aku ingatkan sombong sebab dalam sesi temu duga tadi jarang-jarang senyum. Ni jumpa diluar sanggup pula nak tegur.

"Dengan adik, ni nak makan kat dalam?" dia bertanya dengan mata yang besinar-sinar, aku faham maksudnya, lepas ni giliran aku dan Sofea untuk dapat meja, kalau dia nak berbaris dekat belakang, jawabnya berjam-jam lagi lah nak makan. 'Licik' desis hati ku.

"Saya dengan kawan saya berdua, kalau puan tak kesah nak join kami.. by the way, ini kawan saya Sofea."

"Hai.." begitu casual Sofea menyapa Puan Maklonea. Nasib baik Sofea tak ada kepentingan untuk dapat jawatan, kalau tak mesti dia pun berpuan-puan macam aku sekarang ni..

"Betul ke boleh share meja? baiknya Hanna.." aku tidak tahu, Puan Maklonea ni ikhlas puji aku kah? aku sebenarnya ajak-ajak ayam sahaja.

"Boleh, tak ada masalah.. adik.. erm mana?" laju saja si Sofea ni menjawab. 

"Dia ke toilet kejap. panggil Lonea je" Puan Maklonea memandang aku yang terpinga-pinga.

"Saya pun boleh panggil Lonea ke?" Saja aku tanya, kalau dia jawab aku boleh panggil dia Lonea, maksudnya kerja tu aku tak dapat.. tapi..

"hahah kena tunggu keputusan baru boleh kita decide okay." Aku memandang kecik besar saja Puan Maklonea ni, pandai dia kena kan aku.


***

Tidak lama kami duduk di meja makan, tiba-tiba seorang lelaki datang dan duduk di sebelah Puan Maklonea dan berhadapan dengan aku.

Aik? mamat ni main duduk sahaja. Belum sempat aku menegur, Puan Maklonea terlebih dahulu tersenyum dan memperkenalkan lelaki itu.

"ini adik saya, Hydar." aku segera mengangguk, kekok untuk senyum.

"er.. hai." ujar ku sebelum aku memandang Sofea yang sudah membutang matanya  memandang Hydar. Aku berbisik di telinga Sofea.

"oi, kawal.. kawal.. jangan keluarkan buaya kau." Hampir tergelak aku melihat ekspresi wajah Sofea yang geram dengan usikan ku.

Ya Tuhan... K.E.K.O.K gila makan dengan puan Maklonea dan Hydar. Spesis cantik dan kacak ni betul-betul buat aku rasa janggal. Sofea cepat sahaja menyesuaikan diri, mungkin pada dia, meraka adalah kawan baharu, sedangkan aku?? aku? Puan Maklonea ni bakal bos aku aku bernasib baik la. kalau.

Kimbab yang aku craving sangat dari minggu lepas, tidak lalu ditekak ku. Sekejap-sekejap aku minum air untuk membantu kimbab itu turun dari anak tekak. Takkan aku nak buat scene tercekik kimbab. Sambil-sambil itu aku curi-curi pandang pada Haydar.

Gojes! aku tertanya-tanya kacukan apa dua beradik ni, alis tebal, bulu mata lentik, hidung terletak.. rambut ikal. Sesekali senyuman Haydar terukir, ada dimples!! Aku menarik nafas panjang, Ya tuhan.. dia senyum manis! desis hati ku.

Senyum? eh dia senyum pada siapa? aku tersedar dari lamunan ku apabila pandangan mata kami bertaut.

Dang! Kantoi..

"Kenapa Hanna?" Tegur Puan Maklonea, mungkin wajah ku berubah habis. Takut aku memandang Hydar. 

"Tak ada apa puan." Aku tersengah macam kerang busuk. Saat itu, aku berharap ada black hole yang menelan aku untuk hilang dari muka bumi ini.. Maluuuu

"Hydar keja sekali dengan Lonea?" Sofea bertanya penuh rasa ingin tahu. Aku hanya mengunyah perlahan kimbab yang rasanya sudah bertukar tawar.

"haah, saya pun baru sahaja pindah Semenanjung. Sebelum ni stay dekat cawangan Sabah."

"Eh Sabah? Hanna ni orang Sabah" aku mencubit-cubit tangan Sofea yang ada di bawah meja. Amboi sedap-sedap up kan nama aku! Kau fikir Sabah tu kecil? 

Monday, November 16, 2020

MERAIH KASIH MU PART 5

 "Good luck Hana!!" Sofea memberikan aku semangat sebelum keretanya berlalu. Aku  menarik nafas panjang.

Ya Allah, permudahkan lah urusan ku..

"Assalamualaikum.." Aku menyapa seorang gadis manis bertudung pink yang duduk di kaunter pertanyaan.

"Waalaikumsalam, ada apa yang boleh saya bantu puan?" 

"Saya datang nak interview pukul 10 pagi." 

"Interview tingkat 9, puan boleh tinggalkan lesen memandu?" aku mengeluarkan lesen memandu dan kemudian, gadis bertudung pink itu menghulurkan pas pelawat kepada ku.

"Terima kasih." Ujar ku perlahan sebelum mencari-cari lift ke tingkat 9.

Tiba-tiba debaran dihati ku semakin rancak. Aku menarik nafas panjang. Just Bull Ahead Hana!

Sepanjang jalan ke arah lift, aku melihat-lihat persekitaran.. cantik! susun atur lobi sangat profesional dengan tema minimalis.

Sebaik sahaja pintu lift terbuka, keluar seorang lelaki tergesa-gesa sehingga hampir melanggar diri ku.

ehh ehh nak jadi babak dalam novel macam teori gila si Sofea kah?

namun, aku sempat mengelak dan lelaki itu pun berlalu.. aku hanya tersengih sebelum menekan butang 9.

***

"kau diam-diam ni kenapa?" tanya Sofea selepas beberapa minit aku masuk ke kereta, tiada sepatah kata pun yang terkeluar dari mulut ku.

"tak ada apalah, aku penat menjawab soalan-soalan panel tadi." Aku menutup mata.. soalan-soalan panel tadi begitu padu! Apa wawasan aku? apa cita-cita aku? plan aku dalam 5 tahun? Gosh! plan untuk esok pun aku tidak dapat fikir lagi.

"Kita nak balik terus ke, nak singgah makan dulu?"

"Jom kita makan!!!" sahut ku dengan senyuman.

***

"Ramai pulak orang makan kat sini.." Sofea mengeluh sebab kami sudah berdiri lebih kurang 15 minit untuk menunggu  meja kosong.

"Kita makan tempat lain lah.. nak?" Cadangnya lagi.. aku segera menggeleng..

"no.. noo. aku craving nak makan kimbab.. please.. tunggu kejap lagi ya.. tengok tu, pasangan tu macam dah nak habis.." Rayu ku pada Sofea. Aku tahu Sofea bukan jenis yang penyabar, kalau bab-bab menunggu ni memang dia paling tak suka.

Dari kejauhan, aku memandang meja yang diduduki oleh pasangan kekasih, sekejap-sekejap mulut aku mencebik, 'manisss sangat nak suap-suap.. kesian la dengan orang single macam aku ni' desis hati ku. 

Tiba-tiba terasa bahu ku dicuit dari tepi.

"Hana?"

MERAIH KASIH MU PART 8

Hari-hari ku berlalu dengan misi pencarian kerja yang sepertinya menemukan jalan buntu. Aku yang keletihan selepas berjalan-jalan di NU Sent...