Wednesday, March 25, 2020

MERAIH KASIH MU PART 2



*2 tahun sebelum itu ...

Petang itu hujan lebat ditemani bersama petir yang kuat. Kain baju kurung ku basah terkena tempiasan air hujan. Keadaan yang sesak di pondok bas membuatkan aku rasa rimas. Bila la bas nak sampai nie.. keluh ku.

Telefon bimbit ditangan ku bergetar, ‘Uzair’ nama pemanggil tertera di skrin telefon. Senyuman tiba-tiba terukir.

“Assalamualaikum..” Sudah 3 hari kami tidak berhubung, kali terakhir Uzair menghubungi ku, dia memaklumkan aku yang dia balik ke kampung ada saudara yang meninggal dunia.

“Waalaikumsalam, Hana ada dimana?” Suaranya agak tidak kedengaran.

“ada kat pondok bas dekat ofis nie, Uzy dah balik KL?” Tanya ku penuh perasaan rindu.

“Haah semalam lagi dah balik, malam ni free? Jom kita jumpa.” Hati aku terusik, ‘semalam lagi dah balik tapi tak bagi tau pun’ bisik hati kecil ku.

“malam ni free, nak jumpa dimana?”

“Lepas Isyak nanti Uzy ambik Hana.” Panggilan dimatikan. Aku terkedu. Lama aku memandang skrin telefon dengan perasaan bercampur baur. Sepanjang mengenali Uzair, tidak pernah-pernah dia berperangai seperti ini. Adakah disebabkan letih baru balik dari kampung? Mungkin.

Aku mengenali Uzair daripada Sofea, sahabat baik ku. Perkenalan yang singkat itu, menimbulkan bibit-bibit kasih diantara kami. Selama Setahun lebih menjalinkan hubungan, Uzair berjanji akan bertandang ke kampung untuk bertemu umi dan ayah. Uzair lelaki yang baik, dia menjadi ketua keluarga setelah kehilangan ayahnya. Daripada tempoh perkenalan kami, aku tahu, Uzair boleh menjadi suami yang baik.

***
Usai solat Isyak, aku segera bersiap. Sambil-sambil menunggu Uzair, aku berbalas pesanan ringkas bersama Sofea.

Sofea : Malam ni ada orang nak keluar dating la…

Hana : Eh bukan dating la, Uzy nak jumpa kejap.

Sofea : Jumpa tu bukan dating ke? Hehehek

Hana : hisss bukan la. Tapikan, aku rasa Uzy lain macam la.

Sofea: lain apanya?

Hana : Entahla, lain.. susah aku nak cakap..

Kedengaran hon kereta Uzair, aku cepat-cepat mengambil beg tangan dan keluar dari rumah.

Hana : Talk to u later, Uzy dah sampai. Chow!

***
“nak makan mana?” Tanya Uzair sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.

“mana-mana je. Hana okay.” Kedengaran keluhan Uzair, membuatkan aku berpaling padanya.

“Kenapa mengeluh?” Soalan ku hanya dibalas dengan gelengan. Aku megerutkan dahi, tidak faham dengan respon Uzair tadi. Ada yang salahkah?

“Kita drive-through McD jelah. Makan dalam kereta.”

“okay” balasku untuk memudahkan keputusan dibuat.

Uzair parking kereta berdekatan dengan rumah. Dia menghulurkan aku burger dan air.

“Hana, Uzy nak minta maaf..” ujarnya lemah.

“kenapa minta maaf?” aku menatap wajahnya, dari tadi Uzair cuba untuk tidak memandang ku. Pandangan matanya juga tidak bertaut dengan pandangan ku.

“Plan kita nak balik kampung jumpa umi ayah Hana, kita batalkan boleh?” Kali ini dia melemparkan pandangannya ke luar jendela.

“Kenapa? Ada apa-apa masalah?” Perasaan ku diburu rasa gelisah. Uzair masih tidak mahu memandangku.

“Sebenarnya, Uzy tak cukup duit.” suaranya hampir tidak kedengaran. Allahu.

“Uzy, kalau tiket nak balik kampung Hana kat Sabah tu, Hana boleh tolong belikan.” Uzair menundukan kepalanya, kasihan ku padanya melimpah-limpah. Adakah selama ini cadangan untuk balik ke kampung bertemu umi dan ayah membebankan dia?

“bukan pasal tu, nak kawin pun Uzy tak ada duit lah Hana.” Sesak nafas ku mendengar alasan Uzair. Bukankah sebelum ini dia cakap dia dah bersedia? Ligat otak ku memikirkan jalan penyelesaian.

“Hana ada duit simpanan sikit. Kita buat simple-simple sudah.”Aku cuba meyakinkan Uzair.

“No! Hana tak fahamlah. Uzy tak mampu..” Ujarnya lagi. Dada ku rasa sebak.

“Kalau tak jadi, tak apalah.. Hana tunggu sampai Uzy dah sedia…”

“Hana.. tak perlu tunggu Uzy. Hana teruskan kehidupan Hana.”

“Kenapa tak perlu tunggu?” mata ku kian kabur memandang Uzair yang dari tadi hanya tunduk.

“Uzy, kita dah janji Uzy… takkan kita nak sia-siakan hubungan ini, Dah nak hampir 2 tahun..” Bergetar suara ku, antara marah dan sedih.. aku cuba mengawal airmata daripada menitis.

“Maaf, Uzy tak dapat buat apa-apa. Hana teruskan la kehidupan tanpa Uzy. Carilah calon lain. Uzy tak mampu Hana..” Airmata menitis laju… Mudahnya Uzair. Bukan aku perempuan murah untuk menagih kasih tetapi impian telah kita bina bersama.. harapan telah tertanam didalam jiwa.

- End of part 2-

No comments:

Post a Comment

MERAIH KASIH MU PART 8

Hari-hari ku berlalu dengan misi pencarian kerja yang sepertinya menemukan jalan buntu. Aku yang keletihan selepas berjalan-jalan di NU Sent...