Wednesday, November 25, 2020

MERAIH KASIH MU PART 7

 “O.. Sabah dimana?” Hydar menukar slang percakapannya ala-ala Sabahan.

“Area-area KK.” jawab ku ringkas. Aku berharap Hydar berhenti untuk bertanya lagi namun aku silap.

“kecilnya dunia kan.. di sini baru kita berjumpa” ujarnya sambil tersenyum menampakkan dimples nya. Aku membalas dengan anggukan, ah kelu lidah ku untuk berkata-kata.

 

***

“Hydar tu handsome kan!” Puji Sofea. Aku mengangguk setuju.

“Kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok lain macam..” Sofea mencuit ku.

“Fokus la drive tu.. nanti tak pasal-pasal arwah kita ni..” Usik ku cuba untuk menceriakan suasana.

“kau ni.. mulut..” marahnya dan kembali fokus dengan pemanduannya. Hanya lagu di radio yang menjadi penghibur.. Penyanyi dari Indonesia Tulus, lagu Pamit, bait kata-katanya mengusik hati ku.

 

Izinkan aku pergi dulu

Yang berubah hanya

Tak lagi ku milik mu

 

Ada rindu yang menebal untuk dia yang bukan milik ku lagi. Lepaskan Hanna.. lepaskan genggamanmu.

 

***

5 hari sudah berlalu, tiada panggilan daripada syarikat Puan Maklonea. Aku mula bersedia untuk job hunting syarikat lain. Asyik aku melayari portal myjob, tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi, tertera nama Sofea.

“Ya Makcik, kenapa?” Sempat harapan ku berbunga, ingatkan panggilan kerja rupanya Sofea.

“Puan Maklonea tu tak ada call kau lagi?” ehh tahu-tahu sahaja Sofea apa yang ada dalam hati aku.

“Haah, aku rasa aku tak terpilih la.. dah 5 hari, krik-krik je.”

“Kau kecewa tak dapat kerja ke kau kecewa tak dapat jumpa Hydar?” Aku yang sedang menghirup kopi panas tersedak.

“ehh apa pulak Hydar, kecewa tak dapat kerja la.. takkan kau nak bela biawak hidup selamanya.” kedengaran gelak ketawa Sofea dihujung talian.

 

Sudah hampir 2 bulan aku menumpang rumah Sofea, asalkan aku hulur duit sewa mesti ditolak, alasannya untuk kegunaan job hunting. Jauh di dasar hati ku, aku bersyukur kerana dapat bersahabat dengan Sofea. Dia memahami aku tapi aku tetap tidak mahu hanya menumpang dan seolah-olah aku mengambil kesempatan atas kebaikannya.

 

“Malam nanti, mama ajak pergi birthday party cucu kawan dia. Nak?” Mama merujuk kepada emak Sofea, Aunty Sara. Terbayang-bayang wajah lembut aunty Sara, sejak aku datang semula ke Semenanjung belum pernah lagi aku bertemunya.

“tak pelik ke aku join?” Aku teragak-agak untuk ikut.

“apa pulak pelik, kau bukan alien pun nak pelik-pelik.. ehh dah-dah aku tahu kau ni banyak alasan. Nanti bersiap tau, aku balik je kita terus gerak.” eee Sofea ni memang jenis ikut kepala dia je..

“yala.. yala.. aku cakap tidak pun kau tetap heret aku ikut juga kan.” Sofea tergelak-gelak di hujung talian mendengar aku meluahkan rasa tidak puas hati.

 

***

“Dah lama aunty tak nampak Hanna, makin cantik la..” Pujian Aunty Sara membuatkan aku terawang-awang, jarang pujian yang diberikan kalau lama tidak bertemu.. selalu dengar, ehh gemuknya, ehh kurusnya, ehh ehh buat hati rasa panas, tapi tidak aunty Sara.

“terima kasih aunty..” ujar ku yang tersipu-sipu malu.

“ma, jangan puji sangat Hanna tu nanti dia makin besar kepala.” aku memuncungkan mulut mendengar kata-kata Sofea.

“kawan mama yang mana satu kita nak pergi nie?” Tanya Sofea.

“Mama pun baru je kenal-kenal dengan Aunty Jan. Nie dia dah jemput, mama ajak la korang berdua ikut sekali, takut dia busy layan tetamu, ada juga peneman mama kat sana.”

 

***

Kami sampai di destinasi, melihat rumah yang tersergam indah, Sofea sempat berbisik pada ku.

“bukan orang biasa-biasa Aunty Jan ni..” aku mengangguk setuju.

“Macam tak kena je baju aku..” Aku memandang pakaian Sofea, dia berpakaian smart casual. Aku mengetap bibir, silap aku.. aku mengenakan t-shirt hitam bersama seluar jeans dan tudung selendang berwarna hitam berbunga putih.

“tak pe, kau yakin je..” Sofea cuba untuk menyedapkan hati aku, tapi aku tetap rasa tak sedap hati.

Sebaik sahaja Aunty Sara dan Aunty Jan bersua muka, Aunty Jan dengan ramahnya bersalaman dan berlaga-laga pipi dengan kami. Aku memerhati keadaan sekeliling.. sebelum tiba-tiba tangan ku disentap! Dan ditarik jauh ke kawasan yang tiada orang.

 

“hey!! lepas la..” lelaki yang menarik tangan ku berhenti dan melepaskan genggamannya. Alangkah terkejutnya aku apabila dia berpaling…Uzair!!

“Buat apa kau datang kat sini?!” tinggi suaranya, ada berbaur marah. Aku masih bingung cuba untuk menghadam situasi.

“Aku datang dengan Sofea..” Aku masih tidak faham, mengapa lelaki yang ada dihadapan ku kelihatan sangat marah.

“kamu datang untuk buat kacau majlis aku ke?” tuduhannya sangat tidak masuk akal. Hati ku mula rasa membuak-buak.

“apa kau merepek ni? Kami datang sebab mama Sofea di jemput oleh Aunty Jan!” Suara ku tegang!

“what?! kau kenal mak mertua aku?” mak mertua? Birthday cucu? Aunty Jan? Satu persatu kepingan puzzle mula bercantum.

“owhhh ini birthday party anak kau?” tanya ku sinis, wajah Uzair berubah. Seolah-oleh kemarahannya tiba-tiba padam, entah mengapa ekspresi wajah Uzair saat ini membuatkan aku rasa yang dia bersimpati pada ku.

“maaf Hanna, saya tak sengaja..” suaranya bertukar nada, belum sempat dia ingin memegang tangan ku, cepat-cepat aku berlalu meninggalkan Uzair dan mendapatkan Sofea.

 

“hey, kau dari mana tiba-tiba hilang..” Sofea memandang ku cemas.

“Aunty Jan ni mak mertua Uzair.”

“What!!” aku mencuit Sofea agar suaranya diperlahankan. Rasa marah ku masih ada. Terasa macam dalam scene cerita korea World of The Married pula sekarang ni.

“jadi tadi kau jumpa Uzair? Lepas tu apa jadi? Kau cakap apa dengan dia?” bertalu-talu soalan Sofea.

“dia fikir aku datang sini nak kacau majlis dia.. lepas tu siap marah-marah lagi.”

“Kurang ajar juga dia tu eh, geram pulak aku.. meh sini aku tampar-tampar muka dia.. jantan tak guna!” wajah Sofea yang putih merona merah menahan marah.

“Eh, sabar-sabar.. takkan kita nak buat hal pulak. Aku pun sakit hati, tapi biarlah dia tu..” Aku mengajak Sofea duduk, aku mencari-cari kelibat Aunty Sara, tetapi dia sudah bergelak sakan bersama dengan Aunty Jan dan tetamu lain.

 

***

“Tengok tu…” Aku memandang ke arah yang ditunjuk oleh Sofea. Dari kejauhan, aku melihat Uzair bersama keluarga kecilnya. Isterinya cantik bergaun warna royal blue, potongan badan yang seksi dengan rambut yang panjang hingga ke pinggang. Anak kecil yang di dukung oleh Uzair comel di dalam pelukannya. Aku menarik nafas panjang, Allahu.. aku merindui orang yang salah, dia sudah bahagia.. tanpa aku sedar, ada airmata yang menitis. Mungkin 2 tahun lalu hanyalah alasannya untuk berpisah, tetapi alasannya disebabkan oleh wang membuatkan maruah ku rasa tercalar. Terasa seperti cinta ku tiada erti untuk diperjuangkan, kalah dengan tingginya nilai wang. Paling memalukan, aku rela untuk menanggung majlis kawin, sedangkan dia tidak pernah menghargai aku yang bersungguh ingin bersama dia. Malu.. kecewa..

No comments:

Post a Comment

MERAIH KASIH MU PART 8

Hari-hari ku berlalu dengan misi pencarian kerja yang sepertinya menemukan jalan buntu. Aku yang keletihan selepas berjalan-jalan di NU Sent...