Wednesday, March 25, 2020

MERAIH KASIH MU PART 1

Sudah masanya untuk kembali! Detik hati begitu bersungguh-sungguh untuk aku kembali ke dunia luar. Kembali untuk merasakan indahnya hidup.

"kau okay?" pertanyaan Sofea memecahkan kebisuan diantara kami. Aku tersenyum simpul.

"Aku okay, kau janganlah risau. Aku boleh." aku menatap mata Sofea, dari lirik matanya aku tahu, dia risau. Aku tahu dia begitu mengambil berat tentang aku. Aku menghela nafas panjang, sesekali aku membetulkan duduk ku agar lebih selesa.

Selepas 2 tahun aku mendiamkan diri daripada rakan-rakan, hari ini adalah hari pertama aku menghubungi Sofea setelah kejadian itu. Selama 2 tahun, aku menghabiskan masa di kampung, jauh dari dunia luar, jauh dari lelaki itu.

"bila kau masuk kerja?" Pertanyaan itu aku biarkan sepi. Setelah 'hilang' selama 2 tahun tanpa khabar berita, aku yakin, tempat ku di syarikat itu sudah diganti dengan orang lain.

"well, aku masih mencari .. kalau dalam seminggu dua ini aku tidak dapat kerja. Aku balik kampung lah." Ujar ku sambil tersengih melihat riaksi wajah Sofea terkejut.

"Weh, bukan kau datang balik nie for good? Kenapa nak balik kampuang lagi?! Kau stay kat tempat aku lah, makan minum semua aku tanggung!" Bersungguh Sofea ingin membantu. Aku tahu dia simpati dengan aku, hanya kerana hal itu sahaja hidup dan impian aku musnah.

"Hana, kau janganlah 'hilang' lagi. Jangan biarkan hidup kau rosak sebab dia!" Dari nada Sofea, aku tahu marahnya belum padam lagi. Begitu juga dengan aku. Aku pun masih belum melupakan dia.. tapi..

"Sofy, terima kasih.." aku menggengam erat tangan Sofea, tuhan... terima kasih kerana aku masih ada sahabat yang baik. Aku mengukir senyuman untuk memadamkan bahang kemarahan Sofea. Jangan risau aku okay.... dari kejauhan, aku melihat kelibat seseorang memasuki kafe.. tersentak, aku kaku dan airmata menitis, menggores hati yang kian sembuh, membuka kembali kenangan itu..

- End of part 1 -


No comments:

Post a Comment

MERAIH KASIH MU PART 8

Hari-hari ku berlalu dengan misi pencarian kerja yang sepertinya menemukan jalan buntu. Aku yang keletihan selepas berjalan-jalan di NU Sent...