Monday, November 23, 2020

MERAIH KASIH MU PART 6

Segera aku berpaling. 

"Hanna Jasmine kan.." aku cepat-cepat mengangguk bila disapa oleh penemu duga ku tadi. Puan Maklonea, wanita cantik yang paling banyak bertanya dalam sesi temu duga tadi. Hampir membuatkan aku tersungkur sebab tidak dapat menjawab persoalannya.

"Betul, Puan.. Seorang saja?" Tanya ku berbasah basi, aku ingatkan sombong sebab dalam sesi temu duga tadi jarang-jarang senyum. Ni jumpa diluar sanggup pula nak tegur.

"Dengan adik, ni nak makan kat dalam?" dia bertanya dengan mata yang besinar-sinar, aku faham maksudnya, lepas ni giliran aku dan Sofea untuk dapat meja, kalau dia nak berbaris dekat belakang, jawabnya berjam-jam lagi lah nak makan. 'Licik' desis hati ku.

"Saya dengan kawan saya berdua, kalau puan tak kesah nak join kami.. by the way, ini kawan saya Sofea."

"Hai.." begitu casual Sofea menyapa Puan Maklonea. Nasib baik Sofea tak ada kepentingan untuk dapat jawatan, kalau tak mesti dia pun berpuan-puan macam aku sekarang ni..

"Betul ke boleh share meja? baiknya Hanna.." aku tidak tahu, Puan Maklonea ni ikhlas puji aku kah? aku sebenarnya ajak-ajak ayam sahaja.

"Boleh, tak ada masalah.. adik.. erm mana?" laju saja si Sofea ni menjawab. 

"Dia ke toilet kejap. panggil Lonea je" Puan Maklonea memandang aku yang terpinga-pinga.

"Saya pun boleh panggil Lonea ke?" Saja aku tanya, kalau dia jawab aku boleh panggil dia Lonea, maksudnya kerja tu aku tak dapat.. tapi..

"hahah kena tunggu keputusan baru boleh kita decide okay." Aku memandang kecik besar saja Puan Maklonea ni, pandai dia kena kan aku.


***

Tidak lama kami duduk di meja makan, tiba-tiba seorang lelaki datang dan duduk di sebelah Puan Maklonea dan berhadapan dengan aku.

Aik? mamat ni main duduk sahaja. Belum sempat aku menegur, Puan Maklonea terlebih dahulu tersenyum dan memperkenalkan lelaki itu.

"ini adik saya, Hydar." aku segera mengangguk, kekok untuk senyum.

"er.. hai." ujar ku sebelum aku memandang Sofea yang sudah membutang matanya  memandang Hydar. Aku berbisik di telinga Sofea.

"oi, kawal.. kawal.. jangan keluarkan buaya kau." Hampir tergelak aku melihat ekspresi wajah Sofea yang geram dengan usikan ku.

Ya Tuhan... K.E.K.O.K gila makan dengan puan Maklonea dan Hydar. Spesis cantik dan kacak ni betul-betul buat aku rasa janggal. Sofea cepat sahaja menyesuaikan diri, mungkin pada dia, meraka adalah kawan baharu, sedangkan aku?? aku? Puan Maklonea ni bakal bos aku aku bernasib baik la. kalau.

Kimbab yang aku craving sangat dari minggu lepas, tidak lalu ditekak ku. Sekejap-sekejap aku minum air untuk membantu kimbab itu turun dari anak tekak. Takkan aku nak buat scene tercekik kimbab. Sambil-sambil itu aku curi-curi pandang pada Haydar.

Gojes! aku tertanya-tanya kacukan apa dua beradik ni, alis tebal, bulu mata lentik, hidung terletak.. rambut ikal. Sesekali senyuman Haydar terukir, ada dimples!! Aku menarik nafas panjang, Ya tuhan.. dia senyum manis! desis hati ku.

Senyum? eh dia senyum pada siapa? aku tersedar dari lamunan ku apabila pandangan mata kami bertaut.

Dang! Kantoi..

"Kenapa Hanna?" Tegur Puan Maklonea, mungkin wajah ku berubah habis. Takut aku memandang Hydar. 

"Tak ada apa puan." Aku tersengah macam kerang busuk. Saat itu, aku berharap ada black hole yang menelan aku untuk hilang dari muka bumi ini.. Maluuuu

"Hydar keja sekali dengan Lonea?" Sofea bertanya penuh rasa ingin tahu. Aku hanya mengunyah perlahan kimbab yang rasanya sudah bertukar tawar.

"haah, saya pun baru sahaja pindah Semenanjung. Sebelum ni stay dekat cawangan Sabah."

"Eh Sabah? Hanna ni orang Sabah" aku mencubit-cubit tangan Sofea yang ada di bawah meja. Amboi sedap-sedap up kan nama aku! Kau fikir Sabah tu kecil? 

No comments:

Post a Comment

MERAIH KASIH MU PART 8

Hari-hari ku berlalu dengan misi pencarian kerja yang sepertinya menemukan jalan buntu. Aku yang keletihan selepas berjalan-jalan di NU Sent...