Wednesday, October 21, 2020

MERAIH KASIH MU PART 4

Aku membuat panggilan ke kampung,

"Assalamualaikum umi, sihat kah?"

"Waalaikumsalam Hana, umi sihat jak ni. Kamu macam mana disana? dapat sudah kerja kah?"

Mendengar pertanyaan itu, aku bungkam. Hurm, bukan kerja yang aku dapat tapi sakit hati adalah.. bisik hati ku.

"InsyaALLAH umi, nanti Hana cari-cari lagi ya. umi dengan ayah sudah makan?" 

"Sudah, tapi ayah tu susah mau makan.. bilangnya sakit gigi. kan giginya hampir semua tercabut.." Dihujung talian, aku mendengar gelak ketawa umi. Ah! rindunya aku, kalau bukan disebabkan peluang pekerjaan kurang di Sabah, tidak juga aku ingin tinggalkan umi dan ayah di kampung.

"Nanti kalau Hana ada duit, umi bawalah ayah pergi klinik buat gigi palsu.." 

"Apa yang susah-susah, klinik kerajaan kan ada.. bukan mahal pun bayarnya.. Hana jangan risaulah, kami tahu jaga diri" umi cuba yakinkan aku bahawa mereka baik-baik sahaja. 

Sebenarnya, sebaik sahaja Uzair putuskan hubungan, keluarga aku pula ditimpa musibah yang membuatkan aku terpaksa balik ke kampung dan berhenti kerja. Rumah yang bertahun-tahun kami huni kini tinggal debu, semua harta lebur dijilat api. Setahun emosi umi terganggu membuatkan aku tidak dapat pulang semula ke Semenanjung Malaysia, ingat lagi aku tangisan Sofea ketika dia mendpat tahu apa yang menimpa kami sekeluarga, saat itu aku pula yang memujuk dia untuk menerima takdir tuhan.

Nampak kuat, sebenarnya aku rapuh di dalam, tapi kalau bukan aku yang berdiri teguh untuk umi dan ayah, siapa lagi?

Talian aku matikan. Ya Allah, semoga kau lindungi umi dah ayah dikampung. Pinta ku bersungguh.

***

Malam.

Aku ralit mengemas kini resume untuk temu duga esok di sebuah syarikat. Tiba-tiba pintu diketuk.

"masuklah, pintu tak kunci." laung ku.

Muncul wajah Sofea sebaik sahaja daun pintu terbuka. 

"Amboi sis, senyum lebar beno" Usik ku sambil ketawa melihat wajahnya yang tersengeh-sengeh.

"Esok, IV kau pukul berapa?"

"Pukul 10, aku plan gerak awal sikit, takut jem."

Sofea mengambil resume yang sudah aku masukkan dalam folder.

"Esok aku hantar kau lah.." ujarnya sambil membaca butiran ku di dalam resume.

"Tak perlulah, aku boleh naik MRT." aku menolak pelawaan Sofea sebab aku tahu, dia masuk kerja awal.

"Ada pulak macam tu, aku cuti la esok...." selorohnya sambil memasukkan semula resume ke dalam folder.

"seriuslah?" aku agak teruja sedikit, sebab bila aku fikirkan semula, aku takut juga kalau naik pengangkutan awam aku akan lewat sebab kawasan perumahan Sofea ini masih begitu baru untuk aku menyesuaikan diri dengan sistem pengangkutan awam.

"Yaaa serius la, takkan nak main-main. ermm kau tak excited ke nak interview esok?" pertanyaan Sofea di ikuti dengan senyuman nakal.

"gemuruh adalah.. tak adanya nak excited lebih-lebih.."

"Kenapa tak excited?! aku excited gila untuk kau.. mana la tahu. .esok kau jumpa jodoh dekat tempat kerja baru kau.." aku sudah ketawa mendengar teori gila Sofea.

"kau ni telebih baca novel, tengok drama... kau fikir life ni macam dalam novel dan drama-drama tu ke? orang kaya nak dengan orang miskin.. ataupun bos jatuh cinta dengan pekerja baru.. eee tak adanya."

Giliran Sofea ketawa terbahak-bahak.

"kau ni terlalu realistik la, tak seronok lah macam ni.. tapi kalau mulut aku masin.. esok mesti kau jumpa. hahahah" usikannya semakin melarat..

"pergi tido la.. penat nak layan.." aku menolakknya lembut hingga ke pintu. 

Walaupuan pintu sudah tertutup, aku masih lagi mendengar ketawa Sofea. Aku menggeleng kepala kemudian aku pula tersengih 'fikir hidup ni macam dalam novel?' what a joke! desis hatiku.


No comments:

Post a Comment

MERAIH KASIH MU PART 8

Hari-hari ku berlalu dengan misi pencarian kerja yang sepertinya menemukan jalan buntu. Aku yang keletihan selepas berjalan-jalan di NU Sent...